Ahli keluarga MH370 mahu senarai lengkap kargo



KUALA LUMPUR: Ahli keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370 hari ini menuntut pihak kerajaan mengeluarkan senarai barangan (cargo manifest) yang dibawa dalam ruang kargo pesawat malang itu.

Voice370, yang mewakili ahli keluarga penumpang dan anak kapal, dalam satu kenyataan yang diletakkan di laman Facebooknya berkata senarai berkenaan dikeluarkan pada 1 Mei walaupun pesawat MH370 hilang pada 8 Mac.

"Walaupun kita perlu menunggu selama dua bulan, senarai kargo yang dikeluarkan tidak lengkap," katanya.

"Satu contoh adalalah maklumat dikeluarkan pihak INMARSAT dalam satu acara UK Royal Society baru-baru ini. Mereka telah memberikan log data yang lengkap kepada pihak berkuasa, namun pihak berkuasa mendedahkan beberapa maklumat sahaja dan yang lain dirahsiakan,” kata Voice370.

Kumpulan berkenaan menuntut agar pihak kerajaan dapat mendedahkan maklumat yang lengkap.

"Kita hanya tahu bahawa terdapat 4,566kg manggis dihantar oleh Poh Seng Kian dan bateri lithium."

Tambah mereka, barang-barang milik NNR Logistic seberat 2,453kg termasuk 221kg bateri lithium-ion.

Baki 2,232kg itu hanya dinyatakan sebagai aksesori radio dan pengecas. Menurut laporan berita, ia mungkin barangan milik Motorola.

Dari laporan siasatan awal MH370, Voice370 berkata ia boleh disimpulkan bahawa penghantar lain turut mempunyai konsainan udara: Kerry Logistics (2,250kg), Kintetsu Express (646kg), Panalpina (26 + 6 kg) dan Malaysia Express (6kg).

Voice370 menuntut kerajaan untuk menyediakan kandungan dan kuantiti yang terperinci  dalam setiap konsainan udara di dalam kargo itu.

Kumpulan itu juga mahu maklumat bagaimana barang-barang di ruang kargo dibawa masuk.

"Pada ketika ini, kami percaya maklumat ini tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi dan mengubah nasib pesawat ini dan mengembalikan orang yang kita sayangi.

Oleh itu kami percaya tindakan pihak berkuasa tidak menyiarkan maklumat adalah tidak berasas kecuali ia adalah satu konspirasi untuk menyembunyikan maklumat daripada orang ramai,” tambah kumpulan itu.

Related

Nasional 7423482174715488204

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item