Bajet 2015 : 64% Tidak Layak Beli Rumah di Kuala Lumpur RM300,000 Ke Atas VS Gaji Diploma (RM1,911) & Ijazah (RM3,100). Mampu..???



Bajet 2015 : 64% Tidak Layak Beli Rumah di Kuala Lumpur RM300,000 & Ke Atas VS Gaji Diploma (RM1,911) & Ijazah (RM3,100). Mampu? Kalangan anak muda yang berpendapatan serdahana pun sukar memiliki dan membeli rumah sendiri patah lagi golongan yang berpendapatan rendah, apatah lagi yang berpendapatan rendah?

Pada masa sekarang ini terdapat 45,000 yang berdaftar dengan rumah DBKL yang sehingga ke hari ini terus menunggu untung nasib mereka untuk ditempatkan di rumah-rumah pangsa. Hakikatnya ramai warga Kuala Lumpur contohnya lebih rela sewa rumah selama mana yang boleh melihatkan gelombang harga rumah yang semakin melonjak ketika ini. Dan…..yang mengejutkan sekarang ini kebanyakan rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur tidak berpenghuni.

Statistik Pemilikan Rumah di Kuala Lumpur : Berapa Ramai Beli Rumah di KL?

  • Lebih 418,000 rumah di Kuala Lumpur
  • 252,795 yang tidak memiliki rumah
  • 166,076 yang berjaya memiliki rumah sendiri

Hari ini, berdasarkan kajian dan statistik yang Berita Semasa perolehi sejumlah 93% rumah kos tinggi yang ditawarkan di dalam Kuala Lumpur iaitu melebihi harga rumah lebih RM300,000 – RM500,000 dan RM1,000,000. Dan hanya 2.2% sahaja rumah kos rendah dibina setakat ini, manakala 4.2% rumah kos serdahana. Dan kita boleh perhatikan di sini, hanya 6.4% unit rumah yang ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana.




Gaji Diploma & Ijazah di Kuala Lumpur VS Statistik Harga Rumah di KL?

  1. Gaji Berpendapatan Rendah RM3,000 Ke Bawah: 64%
  2. Gaji Berpendapatan Serdahana RM4,000 Ke Bawah: 13%
  3. Gaji Berpendapatan Tinggi RM10,000 Ke Bawah:23%

Dan dengan gaji RM4,000 jenis rumah yang bagaimana layak untuk mereka? Hakikatnya tidak banyak tawaran harga rumah sekarang yang benar-benar mampu milik untuk mereka.

Kajian menunjukkan hari ini terdapat 14,000 pasangan yang memulakan hidup bekeluarga di Kuala Lumpur, malangnya statistik penyediaan harga rumah mampu milik tidak seiring dengan permintaan rakyat Malaysia ketika ini.

Bajet 2015 : Cadangan Berita Semasa Kawalan Harga Rumah di Kuala Lumpur?

  1. Kerajaan perlu berhentikan saki baki penjualan tanah yang ada di Kuala Lumpur.
  2. Lakukan usahasama dengan DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan, KPKT membangunkan tanah-tanah yang ada ini untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.
  3. Berikan diskaun kepada pemaju yang berminat untuk membina rumah mampu milik pada harga di bawah RM250,000 bukannya lebih RM300,000 tanpa mengurangkan spesifikasi ketat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  4. Cadangan anda..?

Hakikatnya hari ini rakyat di Kuala Lumpur berjumlah 64% ini hanya mampu membeli harga rumah mampu milik maksimum RM250,000 dan ke bawah sahaja (contohnya RM70,000, Rm120,000, RM180,000). Bukannya RM300,000, RM350,000, RM400,000 dan seterusnya….

Inilah yang Berita Semasa harapkan pada pembentangan bajet 2015 akan datang supaya kerajaan dengarlah suara rakyat pada ketika ini selagi mana mereka “berminat & dahagakan” untuk meminta pertolongan daripada anda yang bernama Kerajaan Malaysia.

Insyaallah, biar sama-sama mendapat manfaat atas iltizam kerajaan bercita-cita tinggi mahu mengangkat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Apa pendapat anda pula?


Kredit to Berita Semasa

Related

Nasional 6025156768309555368

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item