"Lelaki Bantu Kerja Rumah Bukan Pondan" – Chef Wan


Kaum Hawa pasti seronok dan akan ‘forward’ kenyataan penuh bermakna daripada Chef Wan ini kepada suami tersayang. Lebih-lebih lagi kalau si suami jenis malas nak tolong kemas rumah. Sememangnya lelaki berbangsa Melayu sejak dulu lagi agak kurang membantu isteri mereka apabila berada di rumah. Mentaliti lelaki di rumah adalah ‘raja’ dan tak perlu buat apa-apa masih lagi bertakhta di segolongan besar orang kita terutamanya mereka yang berusia.




Namun daripada pemerhatian, lelaki yang lebih kurang sama umur dengan Abang Nara (31 tahun) sudah semakin rajin membantu isteri mereka. Malah makin ramai yang menjadi househusband. Tolong jaga anak, masak, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya. Mentaliti sudah semakin berubah berbanding dahulu. Bak kata Chef Wan, buat kerja rumah bukan bermaksud kita sebagai lelaki adalah lembut atau dipijak kepala oleh isteri. Sebaliknya ia adalah satu sikap yang terpuji.

Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat. Bagaimanapun dalam masyarakat kita persepsi demikian masih terjadi sedangkan iatidak pernah wujud di negara Barat. Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan menyenangkan, malah menyihatkan badan.



Related

Masyarakat 6058899604089667123

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item