Gempar.!! Datuk Lee Chong Wei ‘Kantoi’ Ujian Dadah Badminton..??!


Sukan badminton Malaysia dikejutkan semalam dengan berita seorang pemain utama badminton negara gagal dalam ujian dadah yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Dalam laporan khas laman web Harian Metro hari ini, Pegawai Kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang enggan namanya disiarkan berkata, BAM dan organisasi berkaitan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu selepas berahkhir temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Ia melibatkan sampel A pemain dimaksudkan yang didapati positif.

Jika benar, perkembangan ini pastinya mencalarkan imej sukan badminton negara dan BAM sebagai badan induk badminton di negara ini.

Menurut laporan itu, BAM masih belum mahu mendedahkan identiti sebenar pemain terbabit sehingga keputusan untuk sampel B dikeluarkan.

Bagaimanapun, pemain lelaki itu dilaporkan banyak memenangi kejohanan di pentas antarabangsa serta turut mewakili negara di Incheon dan memenangi pingat.

Dia didapati positif dadah diharamkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tapi saya tidak ingat sama ada ia membabitkan bahan terlarang anabolik steroid atau dadah perangsang prestasi. Saya percaya dia tidak sengaja mengambil bahan itu, tapi sepatutnya harus lebih berhati-hati."

BAM tidak mahu membuat kenyataan rasmi sebelum keputusan sampel B dikeluarkan. Semua pihak tahu mengenai perkara ini termasuk Ketua Pegawai Operasi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Azizi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin,” katanya.

Di Sukan Asia, Malaysia telah menghantar pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How sebagai wakil negara.

Berkenaan kes ini, pihak ISN juga belum membuat sebarang kenyataan kerana mahu menunggu laporan penuh dahulu dalam masa terdekat.

Menjadi amalan kebiasaan, jika sampel A didapati positif, keputusan sampel B juga akan menunjukkan keputusan sama.

Sekiranya didapati bersalah, pemain terbabit bakal berdepan penggantungan dua tahun namun dia masih boleh mengemukakan rayuan.


Kredit  to wow berita

Related

Sukan 3628242706335811881

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item