Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP




Kemasukan semula salah seorang daripada 7 pelajar Akademi Fantasia yang telah tersingkir kali ini tidak akan menggunakan mekanism AFMASUK seperti yang sering digunakan dalam AF sebelum ini. Kali ini pemilihan pelajar yang bertuah akan menggunakan AFSERAP, di mana tenaga pengajar dan pihak fakulti yang akan membuat keputusan. Ini satu langkah yang amat bagus kerana pastinya pihak tenaga pengajar lebih mengetahui pelajar mana yang lebih berbakat.

Berita baik ini telah diumumkan oleh Datuk Hattan, pengetua AF2014 menerusi rancangan MELETOP semalam. Kata Datuk Hattan:-

Kita tidak akan ada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.
Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka



Datuk Hattan paling kecewa apabila Adel tersingkir. Bagi Datuk Hattan, Adel mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh namun sayangnya undian tidak mencukupi. Adakah Adel akan menjadi tenaga pengajar untuk diserapkan semula? Sama-samalah kita nantikan pengumumannya pada konsert separuh akhir AF2014 Ahad ini.

Related

Hiburan 5739404311719693622

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item