Minyak Petrol RON95 & Diesel Naik lagi..???



Berita Kenaikan Harga Minyak Petrol RON95 & Diesel Naik 20 Sen 2 Oktober 2014!  yang mana melalui pengumuman yang disampaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan yang mana pada awal pagi esok, 2 Oktober (Khamis) bermulanya tawaran harga baru bagi harga minyak RON95 dan harga minyak diesel di Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia....

Dengan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan Malaysia mengurangkan beban subsidi petrol RON95, diesel dan LPG yang ditanggung mereka selama ini sejumlah RM21 bilion untuk tahun 2014. Manakala rakyat pula…….???

Antara ayat yang digunakan ketika pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK iaitu rasionalisasi, penyelarasan, dan pengurangan subsidi, hakikatnya kenaikan harga minyak RON95 & diesel naik 20 sen tetap berlaku dan terjadi. Persoalannya mampukah rakyat Malaysia seperti pembaca Berita Semasa di sini menghadapi gelombang dan impak yang seterusnya disebabkan kesan rantaian yang bakal berlaku, selepas kali terakhir rakyat Malaysia mendengar berita kenaikan harga minyak petrol RON95 naik pada setahun yang lepas.


P/S : Disebalik berita kenaikan harga minyak RON95 naik dan diesel ini, Kerajaan Malaysia dikatakan akan menggunakan pengurangan subsidi minyak ini untuk tujuan menambah jumlah bantuan BR1M termasuklah meningkatkan jumlah bantuan insentif untuk anda yang terdiri daripada kalangan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setuju?


Kredit to berita semasa 

Related

Masyarakat 5679445831388990797

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item