Nazeera Sardi Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya – Jep Sepahtu



Kalau sebelum ini macam-macam khabar angin yang bertiup mengenai Jep Sepahtu, kali ini pelawak ini telah membuat pengakuan yang pastinya meruntun hati para peminatnya di luar sana. Jep mengakui wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi adalah gadis yang paling rapat dalam hidupnya buat masa ini, sekaligus menutup khabar angin yang Jep sudah bertunang. Menariknya, Jep sendiri telah memuatnaik gambarnya bersama Nazeera di akaun Instagram.


Sama cantik sama padan kan? Hehehe. Jep telah mengenali Nazeera 6 tahun yang lalu namun hubungan mereka terputus kira-kira 2 tahun lepas. Kini mereka kembali berbaik semula. Semoga selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya. Kata Jep menerusi Mstar Online:-

Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.
Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing.
Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang. Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay…hahaha



Semoga hubungan Nazeera Sardi dan Jep Sepahtu akan berakhir dengan pengakhiran yang penuh gembira. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya

Related

Hiburan 6665239482482866036

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item