Piala Malaysia: Layar besar buat peminat bola sepak Kedah



ALOR SETAR: Peminat bola sepak Kedah yang tidak berkesempatan menonton perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Pahang esok berpeluang menyaksikannya secara langsung di Stadium Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersetuju supaya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memasang layar besar di kawasan letak kereta stadium itu bagi membolehkan para penyokong menyaksikan pasukan Kedah menempa tempat ke pusingan akhir.

"Jangan kecewa jika tidak dapat ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat ini. Penyokong setia Lang Merah masih berpeluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka menentang Tok Gajah secara langsung beramai-ramai," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mukhriz berkata inisiatif itu diambil kerana mahu memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk turut merasai kemeriahan serta kehangatan semangat Lang Merah mencabar Tok Gajah di gelanggang sendiri.

"Para penyokong digalakkan memakai jersi pasukan Kedah pada malam itu," katanya.

Dalam saingan separuh akhir pertama pasukan Kedah menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Darul Aman Ahad lepas.

Related

Sukan 2782788299123135448

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item