Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Jika Lakonan Sebagai ‘Sotong’ Tak Menjadi



Hahaha. Tak boleh bayang Sharnaaz Ahmad yang macho, tough dan kental berlakon sebagai lelaki lembut atau ‘mat sotong’.  Kalau sebelum ini Sharnaaz dikenali dengan lakonannya sebagai ‘Jebat’, nampaknya watak lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong ini bakal mengubah persepsi orang ramai. Apa pun, ini sebenarnya satu percubaan yang baik untuk Sharnaaz. Iyerlah, berlakon kenalah variasikan watak. Kalau watak ‘macho’ je sepanjang masa tak best jugak kan?

masih belum berkesempatan menonton aksi lembut Sharnaaz Ahmad dalam drama ini. Namun daripada maklumbalas di laman sosial, memang menjadi lakonan yang ditunjukkan. Malah ramai yang melahirkan rasa kagum dan tak sangka Sharnaaz boleh menjadi ‘sotong’ dengan begitu hebat sekali. Apa pun, Sharnaaz terlebih dahulu memohon maaf sekiranya lakonannya tak berapa menyengat. Kata Sharnaaz :-

Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!
Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi.
Sehingga kini, saya tidak berani menonton ‘playback’ takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil ‘sotong’.




Related

Hiburan 15033409365504743

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item