Yana Samsudin Tunggu Lamaran Fadzil Zahari




Baru-baru ini, Yana Samsudin telah memaklumkan yang dirinya bersedia untuk bergelar isteri pada tahun 2014. Umum mengetahui hubungan Yana dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Malah mereka berdua sudah berkenalan selama 5 tahun. Memang cantik molek dan sesuai sangatlah untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Berkata kepada Sinar Harian, Yana Samsudin memaklumkan yang dia sekarang hanya menunggu lamaran daripada Fadzil Zahari. Kata Yana:-

Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu. Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga.
Jika ada perkembangan mengenai status hubungan kami, biarlah ia keluar daripada mulut dia sendiri. Saya seorang yang ‘simple’, jadi saya mahu majlis saya nanti juga dilakukan dalam suasana yang sama. Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah

 Pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat Fadzil Zahari melamar Yana Samsudin. Yana tahun ini pun dah berumur 29 tahun. Memang sesuai sangat usia itu untuk berkahwin. Harap-harap Fadzil tak terlalu lama menunggu untuk melamar. Sama-samalah kita doakan agar jalan untuk mereka dipermudahkan. Amin.

Related

Hiburan 8351025726208610445

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item