Penguatkuasaan JPJ Ke Atas Nombor Plat Ditangguhkan


Umum mengetahui bermula 1 November lepas, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi khas nombor pendaftaran, cermin gelap, lampu HID dan "strobe light".

Sejak daripada itu, JPJ telah mengadakan banyak sekatan jalan dan aktiviti penguatkuasaan untuk ke atas pengguna jalan raya. Orangramai bagaimana pun menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan ini yang pada mereka adalah remeh dan menyusahkan.

Berikutan rungutan orangramai termasuk yang memberikan komen di laman Facebook rasmi JPJ, agensi itu hari ini (Rabu) mengeluarkan arahan untuk menangguhkan penguatkuasaan ke atas kesalahan nombor plat kenderaan yang berkuatkuasa serta merta.
Jpj tangguh ops cermin gelap no plat kereta hid fb jpj kena serang

 
Walau bagaimanapun, penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retrofit) dan strobe light masih diteruskan.

Dalam surat yang diedarkan melalui faks kepada Pengarah JPJ negeri tersebut, terdapat juga arahan yang tidak membenarkan mana-mana pegawai JPJ untuk membuat sebarang kenyataan media berhubung penguatkuasaan ini.

Kami di Buzz!Harian menyambut baik keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan ini untuk memberi ruang kepada semakan semula dan penjelasan sepenuhnya kepada pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya.






Related

Nasional 1210560802227829022

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item