Bertemu Tok Guru Nik Aziz di Kota Mekah

Pertemuan tak disangka di Kota Mekah

Seorang rakan Facebook berkongsi pengalamannya bertemu Allayarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di kota Mekah genap 2 tahun lalu.




Dua tahun yang lalu, pada tarikh yang sama ini 16 Februari, kami ditakdirkan berjiran selang 2 bilik dari TGNA di Hotel Safwa, Mekah. Berjiran dengannya walau seketika, adalah rancangan istimewa dariNYA. Ia panduan yang kami minta dariNYA. Panduan hati yang sebenar-benarnya. Bukan dari media, bukan dari manusia, dan yang pasti bukan juga dari bisikan jahat syaitan yang suka bila hati kita bersangka-sangka.

6 tahun pengalaman bermukim di Kelantan, tidak pernah sekalipun bersua dengannya. Namun, Balqis yang tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki di bumi Serambi Mekah, ditakdirkan bertamu di biliknya di bumi Mekah. Hebat dan indahnya Perancangan Allah!

Sebaik Balqis ditolak masuk ke ruang tamu di bilik hotelnya, TGNA terus bertanyakan perihal Balqis. TGNA menyantuni anak syurga ini dan tiba-tiba mengangkat tangannya lalu berdoa. Lantas setiap mereka di dalam ruang itu turut menadah tangan mereka berdoa sama. Suami di sisi TGNA mengamati doa diucapkan TGNA untuk Balqis dan kami ibubapa yang menjaganya. Kemudian TGNA dan suami berbualkan perihal keluarga dan kehidupan kami di bumi Haramain ini.



Hari itu kami menyaksikan bahawa TGNA adalah seorang insan yang sangat bersopan dan pemalu. Ia jelas dilihat dan dirasai oleh mata dan hati kami. Bertambah keyakinan dalam diri bahawa betapa insan ini benar-benar mahu melalui kehidupan yang diajar Nabi s.a.w. Caranya menyantuni anak kurang upaya jelas sekali sepertimana Nabi s.a.w telah menyantuni mereka yang kurang upaya ketika di zaman Baginda. Perbualannya dengan suami menggambarkan betapa dirinya adalah hanya seorang hamba Allah semata-mata, bukan seorang Menteri Besar, bukan juga ulamak yang tersohor disegani umat ini dan jauh sekali sebagai seorang yang angkuh dengan kedudukan keduniaannya.

Perbualan santai pagi itu sungguh bermakna. Doanya untuk Balqis akan sentiasa kami ingati dan pertemuan istimewa itu akan setiasa dekat di hati kami. Perginya TGNA meninggalkan alam ini ditangisi setiap jiwa yang akur pada kebenaran, namun kita yang masih bernyawa ini harus bangkit memikul amanah dakwah yang ditinggalkan.

Alangkah ruginya akhirat kita andai kita terus terleka.



Related

Masyarakat 2313964476240836284

Post a Comment

emo-but-icon


Trending

Terbaru

Komen

LIKE!











untuk beriklan di sini dan capai lebih banyak audiens, sila hubungi kami melalui email: klix.my 'at' gmail.com

ONLINE

item